Kejatuhan dan Kebangkitan Kedua Lord Voldemort Death_Eater

Apabila Lord Voldemort telah hilang selepas percubaannya untuk membunuh Harry Potter, Death Eater telah diharamkan dan berpecah secara besar-besaran. Kementerian telah mengumpulkna kebanyakan mereka dan memenjarakan mereka di dalam Azkaban, tetapi sebahagian daripada mereka terlepas dengan mendakwa bahawa mereka dijampi oleh Death Eater yang lain, seperti yang dilakukan oleh Igor Karkaroff; Harry menyakiskan pengakuan Karkaroff dalam Pensieve Dumbledore.

Apabila Lord Voldemort memperoleh kekuatan semula pada penghujung Harry Potter dalam Piala Api, dia memanggil semua pengikutnya dengan menyentuh Tanda Kuasa Jahat Peter Pettigrew. Sesetngah dari mereka yang telah mengkhianatinya agak terlalu takut untuk kembali, dan sesetengah yang lain telah mati atau dipenjarakan, tetapi banyak yang telah kembali kepadanya.